Wednesday, October 26, 2011

Ada apa di Bulan Oktober?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maaf sebab dah lama jarang menulis. (Terima kasih kepada Mohd Razik yang mengingatkan) Entry kali ini akan menceritakan peristiwa yang bermakna pada bulan Oktober 2011 untuk perkongsian dengan para pembaca sekalian. Bagi aku, bulan Oktober meninggalkan banyak moment yang indah. Anda pula bagaimana?

1) Majlis Pertunangan Ahmad Fikri & Alia Farhana (8/10/2011-Ahad)

Alhamdulillah, majlis telah selamat berlangsung di rumah keluarga Alia di Batu Caves. Terima kasih kepada keluarga tunang kerana sudi menerima rombongan kami. Penghargaan juga kepada saudara mara di Kuala Lumpur mahupun yang datang Terengganu kerana telah menjayakan majlis ini. Coming soon ~ ? Februari 2012! ~hehe~


tunang....bla bla bla....kahwin....bla bla bla....hantaran....bla bla bla...SETUJU!

7 hantaran daripada pihak lelaki

dibalasnya 9 hantaran oleh pihak perempuan

~ mama dengan bakal menantunya ~

2) Majlis konvokesyen Angah di Universiti Islam Antarabangsa (9/10/2011-Isnin) dan Balqis (10/10/2011-Selasa)
Tahniah kepada kembarku (B. Economics) dan tunangnya Raja Nurul Balqis (Sains Politik) sebab secara rasminya dah bergelar graduan UIA. Em, bila sebut je majlis konvo nih, teringat pulak waktu konvo tahun lepas di UPM. Antara kenangan terindah bergelar mahasiswa. ~ Sweet memory ~

family potrait

konvo day

3) Majlis Konvokesyen Alia Farhana di UPM (16/10/2011- Ahad)

Tahniah dan syabas kepada tunangku di atas kejayaan bergraduat dengan cemerlang di UPM sehingga dianugerahkan Pingat Institut Pertanian Malaysia (AIM), anugerah graduan terbaik keseluruhan peringkat Bachelor Fakulti Pertanian. Semoga penganugerahaan ini membakar semangat untuk lebih berjaya menamatkan PhD nanti.

para pemenang anugerah Fakulti Pertanian

bersama keluarga

batch Bachelor Sains Pertanian 2011

5) Final Piala Malaysia Terengganu vs Negeri Sembilan (28/10/11)

Berkesempatan hadir ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia. Mampu berpuas hati walaupun keputusan perlawanan tidak memihak kepada Terengganu. Sang Penyu ditanduk Rusa 2 kali dan mampu bertelur sebiji sahaja.


6) Didiagnose untuk jalani pembedahan gigi bongsu

Rutin tahunan aku adalah menjalani pemeriksaan gigi di klinik Hiliran 2 kali setahun. Kebetulan pula sejak dua menjak nih selalu sakit gigi. Nak dijadikan cerita, setelah di x-ray, Dr mengesahakan aku menghadapi gigi terimpak bermasalah tahap partial eruption. Aku bakal menjalani pembedahan pada 10.11.11 (Khamis). Berdebarnya rasa sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Sekian dulu. Selamat datang bulan November ~ 1/11/11

Friday, August 5, 2011

Pakej Budget Cuti2 Redang

Kami menawarkan pakej budget Cuti2 Redang pada harga yang berpatutan. Berbaloi-baloi!
Pemandangan di Taman Laut, Pulau Redang

Pakej Pertama
1) One day trip (RM130/pax) : 8.30 pagi - 4.00 petang
Package is inclusive of : Lunch, speedboat/ferry return-transfer from Merang Jetty-Marine Park), snorkeling

*Excluded
- snorkeling equipment + life jacket (RM20/pax)

- Marine Park ticket (RM5/pax)
**Additional
- Underwater camera (RM100/day)
- speedboat to Long Beach (RM50/pax)
*Pakej One day trip amat sesuai untuk aktiviti Family Day.
Pakej Kedua
2) Pakej 2 Hari 1 Malam (RM230.00/pax)
Package is inclusive of : chalet (air-cond), makan (1st day : lunch & dinner, 2nd day : brkfast), speedboat/ferry transfer-return from Merang Jetty or Syahbandar Jetty
, 3 spots snorkeling trip
*Excluded
- snorkeling equipment + life jacket
(RM20/pax)
- Marine Park ticket (RM5)

- BBQ (RM10/pax)
**Additional
- underwater camera (RM100/day)
- scuba discovery (RM160/sesi/pax)
- fishing boat (RM450/bot)
- boat to Long beach (RM50/pax)
Pakej Ketiga
3) Pakej 3Hari 2Malam (RM330.oo/pax)
Package is inclusive of : chalet (air-cond), makan (1st day : lunch & dinner, 2nd day : breakfast, lunch, dinner, 3rd day : breakfast), speedboat/ferry transfer-return from Merang Jetty or Syahbandar Jetty, 3 spots snorkeling
*Exclude
- Marine Park ticket (RM5/pax)
- snorkeling equipment + life jacket (RM20/pax)
- BBQ (RM10/pax)
**Additional
- underwater camera (RM100/day)
- scuba discovery (RM160/sesi/pax)
- fishing boat (RM450/bot)
- boat to Long beach (RM50/pax)
contact me : 013-2456769
Aktiviti snorkeling yang mengujakan


Habuan besar kepada kaki joran yang ingin berentap di P.Redang


Kemudahan homestay (air-cond) di Kg Baru P. Redang


Aktiviti Family Day di Taman Laut


Scuba Diving (discovery)


Aturcara/Itinerary

Pakej One Day Trip

7.30 pagi
: Berkumpul di Jeti Merang, Setiu
8.00 pagi : Bot bertolak ke Taman Laut Pulau Redang
9.00 pagi : Tiba di Taman Laut Pulau Redang
9.15 pagi : Snorkeling & Aktiviti bebas
12.00 tengahari : Makan tengahari
2.00 petang : Round Island to Long Beach (pilihan)
4.00 petang : Bertolak ke Jeti Merang

tempat wajib pergi, Taman Laut P.Redang

Pakej 2 Hari 1 Malam

Hari pertama
8.30 pagi : Berkumpul di Jeti Merang, Setiu
9.00 pagi : Bot bertolak ke Pulau Redang
10.00 pagi : Tiba di Jeti Pulau Redang
10.30 pagi : Check in chalet/homestay
11.30 pagi : Island Hoping & Snorkeling 4 spot
12.00 tengahari : Makan tengahari di Taman Laut
2.00 petang : Snorkeling di Taman Laut
8.00 malam : Free an easy, Dinner, BBQ (pilihan), memancing (pilihan)

Hari Kedua
8.00 pagi : Breakfast
9.00 pagi : ke Pantai Teluk Dalam (near Berjaya Resort)
12.00 tengahari : Makan tengahari
3.00 petang : Check out
3.30 petang : Bertolak pulang ke Jeti Merang

Jeti ke Pulau Redang

Pakej 3 Hari 2 Malam


Hari pertama
8.30 pagi : Berkumpul di Jeti Merang, Setiu
9.00 pagi : Bot bertolak ke Pulau Redang
10.00 pagi : Tiba di Jeti Pulau Redang
10.30 pagi : Check in chalet/homestay
12.00 tengahari : Makan tengahari di Taman Laut
2.00 petang : ke Pantai Teluk Dalam (near Berjaya Resort)
8.00 malam : Dinner & Free an easy

aktiviti pilihan : BBQ (pilihan), memancing (pilihan), internet access (berbayar)

Hari Kedua
8.00 pagi : Breakfast
9.00 pagi : Island Hoping & Snorkeling 4 spot
12.00 tengahari : Makan tengahari di Taman Laut
2.00 petang : Snorkeling
4.30 petang : Bertolak pulang ke chalet/homestay
8.00 malam : Dinner & Free an easy

aktiviti pilihan : BBQ (pilihan), memancing (pilihan), internet access (berbayar)

Hari Ketiga
8.00 pagi : Breakfast
9.00 pagi : Check out
10.00 pagi : Bertolak pulang ke Jeti Merang

*semua atur cara setiap pakej adalah tertakluk kepada perubahan

Monday, January 24, 2011

binatang pun ada facebook?!

Kalau binatang ada facebook, agak-agak begini lah komen-komen binatang tersebut kat STATUS mereka....

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku ******* salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput ****

Siput ****: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

**** hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Semoga terhibur :)

Sunday, January 9, 2011

Facebook di TUTUP ??!!



Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac 2011. Beliau telah meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat diakses bermula 15 Mac 2011.

Analisis Terkini
1) Penafian : Pangarah Komunikasi Korporat Facebook Larry Yu berkata bahawa perkara ini hanyalah khabar angin sahaja. Kalau khabar angin, kenapa si Mark tidak mengumumkan sahaja? Pelik betul.

2) Pelaburan : Jika difikir logik akal, tindakan sedemikian akan menyebabkan kerugian pelaburan berjumlah billion dolar USA di mana para pelabur boleh menyaman Facebook. Tak pasal-pasal pemilik Facebook menjadi millionaire je nanti. :D

3) Impak : Heboh di seluruh dunia tentang makluman ini. Adakah ia boleh menyebabkan rusuhan jika benar-benar Facebook ditutup? Mungkin akan menyaksikan peningkatan penggunaan laman sosial lain seperti Twitter dan Friendster. Dan mungkin juga banyak kebaikan yang boleh diperoleh jika ia ditutup. Sama-sama kita fikirkan.


"Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik. Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

4) Tekanan : Dikatakan bahawa Mark Zuckerberg mengalami tekanan untuk menguruskan laman sosialnya. Bukti bahawa harta/kemewahan/wang tidak semestinya akan memberikan kebahagiaan jika perkara lain tidak diambil kira.

Penangan Facebook!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1) Dahulu, laman sosial yang popular adalah di Malaysia adalah Friendster. Kini, takhtanya dirampas oleh Facebook. Fakta terkini, lebih 4 juta pengguna Facebook di Malaysia! Adakah di antara pembaca sekalian yang masih mempunyai akaun Friendster? :)

2) Billionaire muda Mark Zuckerberg, berusia 26 tahun merupakan pengasas Facebook. Nilai kekayaan terkini adalah AS$14 bilion (RM42.92 bilion).

~ memang sempoi billionaire ni ~

3) Trend berfacebook ini tidak terhad kepada anak-anak muda sahaja ketika zaman berfriendster, bahkan pak menteri, ahli politik, para akademik, artis-artis mahupun murid sekolah darjah 1! (sebenarnya budak-budak bawah umur tak boleh berfacebook lagi)

4) Kebaikan dan keburukan Facebook.

Facebook (+ve)
- menghubungkan seseorang dengan individu yang lain
- medium perkongsian maklumat, pertukaran idea dan pendapat
- dapat menyebarkan mesej dakwah dan ilmiah (video/artikle)
- sumber ekonomi dan dapat menjana pendapatan (jualan barangan secara online)
- memudahkan interaksi secara maya dengan rakan yang berjauhan
- dapat menambah kenalan (ada yang ke jinjang pelamin)

Facebook (-ve)
- kurangnya komunikasi nyata dalam kehidupan seharian (mengadap Facebook 24jam)
- pendedahan keaiban orang lain
- penyebaran gambar atau video yang berunsur 18SX/18SG/18PL
- tempat meluahkan perasaan ketidakpuas hati/benci/dendam/geram/sedih
- penggunaan bahasa yang tidak sempurna (bahasa SMS) : saya juga tidak terkecuali :P
- mengurangkan produktiviti kerja/tugasan harian

Kesimpulan
Kita perlu memahami setiap ilmu, maklumat dan teknologi jika digunakan secara positif, hasilnya juga akan positif dan begitulah sebaliknya. Tidak salah berfacebook, tetapi bagaimana cara kita berfacebook perlu diberi perhatian. Renung-renungkan

p/s :
1) Hingga ke saat ini, jumlah rakan-rakan di Facebook adalah sebanyak 1,795 orang. Mungkin, hanya separuh sahaja daripada jumlah itu yang betul-betul saya kenal. :)

2) Percaya atau tidak, antara sebab blog ini tidak diselenggara adalah disebabkan oleh Facebook! :D

Thursday, January 6, 2011

I'm Back!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1) MAAF : Maaf kepada para pembaca kerana sudah lama tidak menyelenggara blog ini. Semuanya disebabkan oleh kelemahan diri sendiri. Sempena kedatangan tahun baru 2011, saya akan membuat perubahan dari aspek penulisan berbanding tahun sebelumnya.

2) TAHUN BARU 2011 : Belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2011. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

3) AZAM 2011 : Pastinya, setiap daripada anda mempunyai azam tersendiri. Sebaiknya, kita mempunyai sasaran jangka masa panjang, sederhana dan pendek. Moga-moga, perancangan kita akan terlaksana hendaknya, Insyallah.

4) PERISTIWA 2010 : Bercakap mengenai tahun 2010, sudah pasti banyak peristiwa yang menarik, suka dan duka yang telah kita tempuhi. Jika berpeluang, saya akan corertkannya dalam tulisan akan datang.

5) KERJAYA : Alhamdulillah, hampir 8 bulan saya bekerja di PK Fertilizers Sdn Bhd. Saya berharap dapat menyumbang keuntungan untuk syarikat ini bagi pasaran Pantai Timur. Apa yang penting adalah untuk memaksima potensi diri dalam menghadapi cabaran mendatang.

Tuesday, June 1, 2010

Terbaru dariku

Assalamualiakum dan salam sejahtera.
Percutian 1Malaysia
Alhamdulillah...baru-baru ini, penulis telah mengikuti Program Eksplorasi Budaya di Bawah Bayu di Sabah anjuran kelab QKB Budaya UPM bermula 16/5/2010 - 25/5/2010. Percutian selama 10 hari di Sabah merupakan suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan penulis dan ianya melengkapkan percutian penulis ke seluruh Malaysia.
Di sana, penulis dan rakan-rakan berpeluang merantau hampir keseluruhan negeri Sabah. Antara tempat-tempat yang dilawati penulis adalah Kota Kinabalu, Semporna, Tawau, Sandakan, Ranau dan Kundasang. Setiap tempat yang dilawati mempunyai keistimewaannya yang tersendiri merangkumi keunikan budayanya serta keindahan flora dan fauna. Jika diberi kesempatan, penulis ingin melawat lagi ke sana.
Techno-Commercial Executive?
Alhamdulillah, penulis telah diberi petunjuk olehNya untuk memilih kerjaya di sebuah syarikat penghasilan/pengedaran baja dan bahan kimia dengan menjawat jawatan sebagai Techno-Commercial Executive. 1 Jun 2010 (post ini ditulis) merupakan hari pertama penulis mula bekerja. Selepas taklimat, penulis difahamkan akan beroperasi di Kuala Terengganu memandangkan syarikat ingin mengembangkan operasinya di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Kerjaya ini berkait rapat dengan pemasaran baja dan bahan kimia untuk pertanian bagi tanaman kelapa sawit, padi dan juga tembakau.
Penulis berharap dapat mengharungi cabaran, ujian dan halangan sepanjang mengharungi alam kerjaya ini. Doakan penulis. Terima kasih